Followers

Friday, February 25, 2022

Bestnya Kerja di Site Petronas Melaka

 Assalamualaikum,

Sudah 2 tahun Malaysia dan negara seantera dunia menghadapi Covid 19 dan perlbagai variant yang muncul dan skrg ni variant omicron menggemparkan dunia. Memang seram dan marilah kita doakan agar wabak ini dihapuskan selama lamanya. Tapi hari ni topic kita bukanlah mengenai wabak ini tetapi mengenai saya yang berkerja ketika tempoh darurat ni. 

Saya convo Degree Civil Engineering Uitm Shah Alam pada September 2019, and saya start kerja di Site Petronas Melaka sebagai QC pada July 2019. Mencabar tak kerja time Pkp ni? Nanti saya jawabkan. 

Jum tengok dulu mcm mana site Petronas Melaka ni. Boleh ke perempuan kerja kat site? Jangan risau tu stigma masyarakat je. 













Terima kasih kepada semua yang memberi ilmu dan berkawan dengan saya sepanjang career saya disini. Tanpa anda saya tak akan berada di tahap ini. 

Thursday, November 18, 2021

Susah ke Peperiksaan Perbadanan Putrajaya?

 Hi harini November 2021, saya telah hadir untuk sesi peperiksaan dan essei kat Putrajaya tau. Fuhh cantik betul view nak pi exam ni depan Jabatan Kehakiman Presint 3. Saya pulak park free je kat area Masjid Besi so tapi dont worry boleh jalan kaki.



 Persoalannya susah ke? kalau kita lihat email invitation drpd Perbadanan Putrajaya (PP) ni tak mention pun exam ni mengenai apa. Soalan math ke soalan english ke soalan umum ke pasal politic. Hmmmm sebelum saya mulakan, saya doakan anda lulus ujian ni. Ambil vibe sikit 



Jawatan yang ditawarkan ialah Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 dan untuk exam ni depa kumpulkan 5 jawatan terus termasuk Accountant, Pegawai Penilaian, Arkitek dan Arkitek landcape. Boleh saya jangkakan dalam 150 calon yang hadir bagi kesemua jawatan tersebut. Sebelum exam jangan lupa bawa :

  • IC
  • Resume
  • Sijil Berkaitan
  • Pensil n Pen ( Calculator tidak dibenarkan guna ) 

Soalan Objektif ni ada 50 soalan dan masa yang diberikan ialah satu jam. Soalan objektif merangkumi soalan Pengetahuan Am, Sejarah, Geografi , Berkaitan PP, Organisasi PP dan Math. Saya tak mampu nak ingat semua tapi saya rungkaikan contoh soalan di sini.

1) Soalan Pengetahuan am / Politik

Contohnya, Dimanakah asalnya Pokok Getah, Siapakah Ketua Negara, Siapakah Agung yang pertama, Apakah logo dibelakang duit


2) Soalan Sejarah / Sukan

Contohnya, bilakah PP di rasmikan (1 February 2021) , Siapakah atlet Nurul Huda Abdullah (Atlet Renang) , 


3) Soalan Geografi / Pengetahuan Am

Contohnya, Apakah negara yang tidak tersenarai dalam negara Asia Tenggara. , Getah berasal drpd negara mana (Brazil) , Apakah logo dibelakang duit rm1 (WAU) , Sukan Internasional apa yg pernah diaadakan di malaysia (Sukan Komenwel 1998) , Taman Negara Malaysia 


4) Soalan berkaitan PP

Apakah taman yang ada di Putrajaya, Apakah nama perkuburan di Putrajaya (Taman Selatan), Siapakah ketua di dalam PP. 


5) Politik

Berapakah kerusi di Dewan Rakyat (222), Syarat Menjadi Perdana Menteri ( Melayu,....) , Kuasa Agong ....


6) Math

Soalan banyak mengenai probabiliti , pecahan dan peratus. 


Habis lah satu jam menjawab dan menghentam sokmo. Selepas itu kami dibenarkan berehat selama 10 min dan bersambung sesi essei.


Soalan essei ni tidak lah susah kerana setiap jawatan diberikan soalan yang berbeza dan semestinya berkaitan dengan jawatan tersebut. Calon dihendaki menjawan 1 daripada 2 soalan essei bahasa melayu dan juga 1 daripada 2 soalan bahasa Inggeris. Soalan bagi Jawatan saya semuanya mengenai alam sekitar.

1) essei 1

Jelaskan jenis dan punca punca pencemaran

2) essei 2

3) essei 3

Please explain the process of Acid Rain and their effects

4) essei 4 

As environment officer please explain your responsibility to cope with envi problems . 


Setakat ini sahaja yang mampu saya kongsikan, diharap anda dapat menjawab dengan baik dan lulus peperiksaan ini. Goodluck ! 



Friday, May 7, 2021

Temuduga UiTM Peringkat Kedua Jawatan Penolong Jurutera JA29 / UiTM Second Stage Interview for Assistant Engineer JA29

Hi and Assalamualaikum.

 Alhamdulilah selepas beberapa  hari interview stage pertama awal April 2021, saya mendapat email untuk online interview stage ke2. Perasaan sangat happy, gembira, terharu. Allah listen to my prayer and grant it at the perfect time . Alhmdulilah. Maka bermula lah sesi preparation untuk stage ke 2 yang jatuh pada 7 April 2021. Preparation saya lebih kurang sahaja seperti stage pertama tetepi sy bnyak tekankan:

1) visi, misi, objective, pentadbiran uitm
2) sistem perolehan uitm, buku tender, code cidb
3) bendahari uitm
4) skop kerja secara spesifik 
5) PPII

so memang nervous, sebab ada 5 orang panel walaupun online iv, saya punya nervous tuhan sahaja lah tahu. Soalan permualaan dalam bahasa inggeris, tetapi soalan kedua dalam bahasa melayu sehingga habis interview. Sebelum iv, saya memakai tag name siap2 supaya nmpak lebih confident. 

Masa iv, saya masih bekerja jadi sy terpaksa menghafal di dalam toilet office. 




Antara soalan yg ditanya kepada saya 

1) Kenalkan diri (* nama, edu and working experience*in english)

2) Kenapa berminat dengan jawatan ini? dan boleh ke downgrade kerja skrg dr jurutera swasta kepd JA29

Jawapan sama seperti Interview saya stage 1

3) Ciri2 pekerja cemerlang yg ada dalam diri awak?
Saya menjawab dengan tenang, relate dgn course yg saya ambil sepanjang bekerja sebab saya suka mempelajari ilmu baru. 

4) Siapakah bendahari Uitm

Jawapan : saya memang tak ingat sebb bnyak nama yg saya hafa. jadinya saya jujur sahaja sy tak ingat tetapi sy ingat nama ketua bendahari bahagian perolehan Uitm. interviewer ada yg memuji krn sy boleh ingt nama yg lain2 

5) Resque Emergency plan jika lift tersekat

Jawapan: memang sy bagi jawapan mengikut fahaman logic akal sahaja kerana sy tak ada exposure sgt mengenai ini

6) Apakah test yang anda tahu berkaitan dengan Pile/ cerucuk?

Jawapan : Load test and saya explain apa yg sy tahu sahaja. Walaupun saya bekerja dalam bidang Environment Engineering, tetapi basic Civil Engineer mesti kene ingat.

7) Apakah teknology berkaitan uitm yg awak tahu

Jawapan : saya explain mengenai UiTM solar farm di kuantan dan Pasir gudang. Saya jugak menerangkan impak project tersebut kpd warga uitm yg dapat memanfaatkannya. 

Sekian sahaja sesi iv saya dalam 20-30 min sebb saya iv bersama seorang lagi calon yg baik. Saya berdoa semoga Saya dan org lain yg dapat iv boleh secure kerja ni . Terima Kasih kerana membaca. Goodluck untuk interview. 

Temuduga UiTM Peringkat Pertama Jawatan Penolong Jurutera JA29 / UiTM First Stage Interview for Assistant Engineer JA29

Pada March 2021 saya telah mendapat email drpd UiTM untuk jemputan menghadiri online interview (kerana covid19) bagi jawatan penolong jurutera JA29 UiTM  setelah saya apply di 

https://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ pada bulan February 2021 (beli no pin Bsn dahulu ya). Jadi saya membuat sedikit persiapan kerana pada ketika itu saya sedang berkerja sebagai Environmetal Safety & Health Engineer di Shah Alam. Persiapan saya merangkumi 

a) memahimi skop, aspek kerja, penempatan kerja

 b) membuat research mengenai projek UiTM

c) memahami pentadbiran UiTM

d) persedian mental


Dibawah ini saya explain soalan2 yang ditanya ketika sesi interview online saya bersama dua orang panel. Sesi interview saya dalam 15 min dan saya difahamkan ada 15 orang calon). Interview sepenuhnya dalam bahasa Melayu. 

1) Kenalkan diri (nama, pekerjaan, educational background) 

2) Mengapa ingin jawatan ini sedangkan sekarang bekerja sebagai jurutera 

Jawapan saya : Saya amat bersyukur diberi peluang untuk menjawat tanggungjawab ini. Saya melihat ini sebagai peluang keemasa dimana saya boleh belajar dr bawah dan memahami job scope saya JA29 dan setelah itu barulah saya akan cuba menggalas jawatan jurutera UiTM pada masa hadapan. Saya yakin belajar daripada bawah merupakan cara yang sangat effective untuk kita menjadi pekerja cemerlang

3) Terangkan sedikit job scope JA29 Uitm 

Jawapan saya : Penolong jurutera secara am nya bertanggungjawab menyediakan pelan kejuruteraan, design, memantau projek dan perlaksaannya dan sebagainya. Tetapi bagi penolong jurutera Uitm pula bertanggungjawab untuk memastikan kemudahan awam di UiTM berada dalam keadaan yang baik seperti kemudahan infrastruktur, Bangunan, Jalan Raya, dan segabainya. Lepas tu saya explain contoh2 job scope setiap kemudahan itu dan Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII)

4) Sepanjang awak di Uni apakah masalah yang melibatkan Kej Awam yang awak lihat

Jawapan saya: Saya kaitkan dengan Uitm Shah Alam dimana terdapat kawasan risiko tinggi accident di antara Kolej Melati dan Bangunan Menara Kejuruteraan. Saya explain dr side pengguna jalan raya dan saya proposed solution

5) Terangkan job scope awak kerja2 terdahulu

Jawapan saya : 

i) Kerja sebagai :  Environmetal Safety & Health Engineer di Shah Alam

ii) Kerja sebagai : QaQc Engineer di Euro5 Project Petronas Melaka

6) Apakah masalah yang awak hadapi ketika berkerja di Site :

Jawapan saya : saya bekerja sebagai QC secara khusus nya saya perlu memastikan semua quality comply with Petronas Technical Standard. Project kami iaitu installation of underground Piping sangat mencabar ketika musim hujan dimana kami perlu menghentikan kerja on site tetapi kami juga perlu kejar deadline. Selain itu , high underground water/ water table juga memberi cabaran kepada kami dimana pipe kami akan diinstall sedalam 2-6m dan lebih lagi.  Saya pun bagi solution on site bagi masalah yg kami hadapi.

* Tips : saya banyak menekankan "kami" kerana saya ingin menunjukkan saya boleh bekerja dalam kumpulan

* Tip 2: tunjukkan keyakinan jika tak faham soalan, minta diulang dengan sopan, 

*Tip 3: Setiap soalan kaitkan apa yg awk boleh berikan (value) kepada UiTM

*Tip 4: Pastikan mendengar semua arahan yg diberikan melalui email dan ws


*Tip 4: Banyakkan berdoa, dan bertawakal setelah memberikan yg terbaik


Sekian sahaja perkongsian saya , nantikan next perkongsian saya untuk Temuduga yang lain. Stay positive and spread the kindness . Selamat berpuasa.












Bestnya Kerja di Site Petronas Melaka

 Assalamualaikum, Sudah 2 tahun Malaysia dan negara seantera dunia menghadapi Covid 19 dan perlbagai variant yang muncul dan skrg ni variant...